Luaran rumah tangga artis ini nampak sangat bahagia apatah lagi mereka dikurniakan cahaya mata. Andai bertemu di mana-mana majlis pasti ramai mencemburui kebahagiaan pasangan itu.
Bagaimanapun, SS dapat tahu semua itu hanya lakonan untuk mengaburi mata orang ramai. Kata rakan SS, suami artis ini suka berpoya-poya.
Walaupun memiliki isteri cantik menawan, anugerah itu belum cukup untuk memuaskan hatinya. Lebih teruk lagi kata rakan SS, suami artis itu juga bernafsu songsang kerana turut melanggan pondan bagi memuaskan nafsu buasnya baru-baru ini.
Suami artis ini dikatakan pandai berlakon. Depan isteri pijak semut pun tak mati. Malah, ramai cemburu melihat caranya melayan artis ini baik di rumah mahupun ketika menghadiri majlis hiburan.
Mengucap panjang SS bila dengar cerita cukup mengejutkan itu. SS turut berasa simpati dengan artis ini yang tidak tahu menahu perbuatan terkutuk suaminya yang kacak bergaya itu.
Apapun, SS hanya mampu berdoa semoga suami artis ini segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar sebelum terlambat.
Apa yang SS bimbangkan ialah kecenderungan nafsu songsang suami artis ini mengundang penyakit berbahaya. Silap hari bulan akan berjangkit pula ke artis ini. Jika ia berlaku, menyesal pun sudah tidak guna lagi.
0 comments:
Post a Comment