dulu aku pernah cakap sesuatu dalam blog ini mengenai cinta pada lelaki straight..
"kalau kamu jatuh cinta pada lelaki straight, sepatutnya kamu gembira dia adalah lelaki straight biarpun dia takkan pernah membalas cinta kamu.."
maksudnya macam kita jatuh cinta pada lelaki ni, dan kebiasaannya kita akan mengharapkan dia akan membalas cinta kita.. dia straight, tapi ada di sudut hati kita mengharapkan dia ni adalah gay supaya kita ada peluang untuk bercinta dengan lelaki tu.. tapi bagi aku, kita sepatutnya gembira dia adalah lelaki straight sebab dia tak jadi macam kita yang songsang ni.. walaupun ada desas-desus mengatakan si dia adalah gay juga but kita patut mendoakan agar rumor tu tak benar.. sebab kita berharap dia takkan jadi macam kita..
aku pun pernah mengalami situasi ini.. rasanye semua PLU pernah jatuh hati or cinta pada mana-mana lelaki straight.. pun begitu, aku langsung tak mengharapkan agar dia akan membalas cinta aku, sebab macam perkara yang aku sebutkan tadi lah.. malah, aku dapat tahu si dia ada kemungkinan adalah seorang yang biseksual (kiranya macam ada peluang lah nak bercinta), but aku just tak nak percaya akan rumor tu, sebab aku tak nak dia jadi macam aku..
PLU ni bagi pendapat aku ada dua jenis.. pertama memang dari lama lagi dia dah ada perasaan songsang ini.. bila dah baligh dia dapat tahu nafsunya hanya pada yang sejenis dan aku adalah dalam kategori ini.. PLU jenis kedua pula mengatakan dahulunya mereka adalah lelaki straight yang hanya mencintai perempuan.. tapi, atas sesuatu sebab tiba-tiba nafsu mereka berubah dan mula mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis sendiri.. kiranya macam dari straight tiba-tiba jadi PLU.. memang ada pun kes macam ni..
untuk PLU kategori kedua ni, usually mereka berubah menjadi PLU adalah disebabkan oleh sesorang yang ada menaruh hati pada orang tu.. misalnya macam, ada seorang PLU yang menggoda lelaki straight (usually dengan kaedah seksual) yang akhirnya berjaya merubah lelaki straight itu untuk jatuh cinta pada lelaki PLU tersebut.. usually kat asrama macam main raba-raba kemaluan, melancapkan then lelaki straight tu pun jadi suka...
sebab tu lah ada ayat "kerana lelaki ni, aku jadi gay.."
kaedah nak tukar lelaki straight untuk jadi gay tu memang banyak macam lah.. aku pun percaya memang boleh jadi benda macam ni.. sebab dulu aku pernah berkata sesuatu..
'kita pernah dengar cerita lelaki normal tiba-tiba menjadi homoseksual, tapi agar sukar untuk mendengar cerita lelaki homoseksual menjadi normal'
boleh tak korang faham mesej yang aku katakan? ianya adalah berkenaan cinta seorang PLU terhadap lelaki straight yang akhirnya berjaya mendapat cinta lelaki straight tu,.. ada PLU yang begitu mengharapkan cinta orang tu sehingga mampu merubah sesualiti lelaki tersebut.. but, bagi aku kalau kita mempunyai perasaan cinta pada seorang lelaki straight, kita sepatutnya gembira dia tak jadi macam kita.. biarpun dia takkan pernah membalas perasaan kita terhadap si dia..
tiba-tiba aku bercakap tentang hal ini.. actually sebab pagi ni aku terbaca satu ayat ni kat FB.. then perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah tentang cinta PLU pada lelaki straight...
'jangan disebabkan kita, si dia bergelumang dengan dosa..'
0 comments:
Post a Comment