klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

Gaykah Kami?

9:55 AM

 

DILEMA: Kawan lelaki bertukar menjadi seorang yg ISTIMEWA. Gaykah aku?

Aku tak tau nak mulakan cite ni mcm mane. Aku ni pelajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam (UiTM). Aku ni seorang yg boleh dikatakan pendiam dan tak ramai kawan. Bukan tak ramai tp tak ramai yg sekepala dgn aku. So, anggap je la aku ni sbg kera sumbang. Aku ada sorang kawan laki ni. Dia ni kira agak pendiam gak ar tp masih peramah dan ramai kawan. Terus-terang aku katakan yg time aku kenal dia masa Sem 1 dulu, aku mmg langsung takde rasa yg budak ni mcm sekepala dgn aku. Tapi lama-kelamaan aku makin rasa yang dia ni leh masuk dgn aku. Aku ni mmg jenis yg suka kawan dgn kawan yg sekepala jer, so kalau dah boleh ngam tu aku masuk ar.

Sepanjang tempoh aku berkawan dgn dia, aku mmg takde perasaan yg aku nak rapat dgn dia, bermakna aku dgn dia tu mcm kawan biasa-biasa jer. Tp kalau ada assignment, kami salu group sama2. Lama-kelamaan oleh disebabkan kami dah salu sgt buat assignment sama2, aku rasa hubungan aku dengan dia makin rapat. Maknanya dari kawan "biasa-biasa" jer dah, kami dah jadi kawan yg rapat. Aku salu gak ar bantu dia, kdg tuh klu ada apa-apa assignment aku salu gak share apa yg aku ada dgn dia. Kiranya kami salu tolong-menolong gak ar. Mana yg dia perlukan bantuan aku, aku tolong dan mana yg aku perlukan bantuan dia lak, dia tolong. Makin hari hubungan kitorang mcm dah makin rapat. Sampaikan satu hari tu aku rasa ada satu "perasaan" lain terhadap dia yg dah wujud dalam hati aku ni. Masa tu kan weekend dia salu balik. Kampung aku jauh so takleh la nak balik salu cam dia. Setiap kali weekend tu, aku rasa cam sunyi giler tanpa dia dan aku rasa cam rindu kat dia. Mula-mula aku ingat perasaan tu normal sbb aku mungkin merindui dia sbg kawan biasa.

Baru2 ni kami ada buat tugasan di bandar tempat aku belajar, so aku dgn dia luangkan masa bersama. Masa tu, aku mula rasa perasaan "lain" tadi dah makin menjadi-jadi sehingga aku rasa yg aku rasa selesa sgt setiap kali ada dgn dia. Tapi aku yakin yg dia adalah lelaki normal. Macam mana aku tau? Dia mmg ada gf dan naluri aku kuat mengatakan dia tu straight, selebihnya wallahualam la kan. Persoalannya skrg, hidup aku rasa mcm semakin hari semakin tersiksa disebabkan "perasaan" aku ni. Kdg tu bila tgk dia bersembang dgn classmate sendiri pun rasa jeles sgt. Dah la dia tu jenis yg ramai kawan, so setiap kali aku jalan dgn dia, aku mmg kena tabah hati bila tgk dia tegur org lain/org lain tegur dia biarpun di hati ni Tuhan je la yg tahu betapa cemburunya aku.

Apa yg patut aku buat skrg? Patut ke aku terus pendam perasaan aku ni? Atau aku patut bgtau dia pasal perasaan ni? Nanti apa pulak kata dia kalau dia tau yg dia kawan dgn aku yg ada "perasaan" dekat dia? Atau korang rasa dia pun jenis mcm aku gak? Atau perasaan aku ni normal sbg seorang kawan rapat? Semakin hari aku makin tertekan. Masa nak balik cuti semester ni pun aku nekad tak mahu cakap sgt dgn dia sbb aku takut yg aku akan terus terbuai-buai dgn perasaan ganjil aku ni. Utk pengetahuan korang, masa cuti sem ni aku sanggup tgk setiap status dlm akaun FB dia semata2 nak tau apa yg dia buat setiap waktu! Bermula dari takde perasaan nak kawan langsung, menjadi kawan biasa, partner assignment, kawan rapat kemudian............ PASANGAN GAY???!!! Aku dalam dilema.
 
p/s: Dia ni jenis yg sembahyang. Setakat ni setiap kali keluar dengan dia, dia mmg akan singgah mane2 surau kat shopping kompleks utk solat. Sejak aku tgk dia salu sembahyang, aku pun terikut2 dan alhamdulillah skrg aku sembahyang tak tinggal. Itu sebab aku salu fikir yg sume ni ada hikmahnya. Dan aku sentiasa berdoa agar aku dpt handle perasaan ni.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...