klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

Polis Siasat Kes Homoseks Di Maahad Tahfiz

3:13 AM
PERAK: Pihak polis mengesahkan sudah menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di Ipoh yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.
"Memang ada laporan dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan melengkapkannya secepat mungkin.
"Dalam hal ini kita kena berhati-hati dan teliti serta menjaga semua aspek," katanya kepada pemberita pada majlis Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Negeri Perak.
Datuk Seri Abdul Rahim diminta mengulas mengenai catatan viral menerusi WhatsApp baru-baru ini mengenai beberapa pelajar baru di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain berlaku seks luar tabii.

Menurut Datuk Seri Abdul Rahim, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata pihaknya sudah membuat lawatan ke mahaad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu.
"Dalam lawatan itu, pegawai JAIPk telah menemuramah beberapa pelajar," katanya.
Menurut Datuk Mohd Yusop walaupun berdaftar dengan JAIPk, segala urusan pentadbiran termasuk pengambilan pelajar dikendalikan sepenuhnya oleh maahad tahfiz berkenaan kerana ia merupakan institusi swasta.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...