KUALA LUMPUR: Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Ustaz Kazim Elias menafikan berlakunya pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang menjadi viral di media sosial.
Siasatan yang dijalankan pihak Ustaz Kazim turut mendapati tiada sebarang insiden seperti yang didakwa, menurut laman Astro Awani.
Menurut Ustaz Kazim, Maahad Tahfiz Darul Barakah dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV di setiap kawasan dan tidak mudah untuk insiden sedemikian berlaku.
"Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati," katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Beliau menambah, bahawa setiap individu berhak membuat aduan, namun beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Ustaz Kazim turut memberi peringatan kepada warga siber supaya jangan menyebarkan cerita berkenaan tanpa usul periksa kerana ia boleh menjejas pelajar yang terlibat.
Sebelum ini, polis Perak menyatakan bahawa pihak mereka ada menerima aduan berhubung dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh.
Ketua Polis Negeri, Abdul Rahim Hanafi diminta mengulas mengenai berita yang tersebar di laman sosial mengenai beberapa orang pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain berlaku seks luar tabii.
Menurut Abdul Rahim lagi, kes tersebut disiasat mengikut seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya sudah membuat lawatan ke maahad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu dan pegawai JAIPK sudah menemuramah beberapa pelajar.
Beliau memberitahu, walaupun berdaftar dengan JAIPK, namun urusan pentadbiran dan pengambilan pelajar dikendalikan sepenuhnya maahad berkenaan
0 comments:
Post a Comment