klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

Keluarga Aiman Tino Bebas Covid 19

12:35 AM


 PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Aiman Tino memaklumkan tahap kesihatan ibu kesayangannya, Hazelina Mat Jalil, semakin baik ekoran dijangkiti virus Covid-19, sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut penyanyi lagu popular Ku Rela Dibenci itu, ibunya masih perlu diberikan perhatian yang lebih buat masa ini kerana mempunyai penyakit asma.

“Kami perlu memberi tumpuan yang lebih kepada Ibu kerana dia ada penyakit asma. Kita semua maklum virus tersebut akan menyerang paru-paru.

“Bagaimanapun, setakat hari ini Alhamdulillah, tahap kesihatan ibu sudah semakin pulih, batuk pun kurang. Setiap hari Aiman akan membuat panggilan telefon bersama ibu dan ayah untuk bertanya khabar mereka di sana.

“Adik-beradik dan ayah juga sudah pulih. Setakat ini, ibu masih belum memotong gelang pink kerana doktor menyarankan untuk memanjangkan tempoh kuarantin supaya mereka dapat memantau lagi tahap kesihatannya,” tutur Aiman kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, sepuluh daripada ahli keluarga penyanyi itu disahkan positif Covid-19 dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Kemudian, ayah Aiman dan lima orang anaknya yang lain telah dijangkiti virus berkenaan kecuali dirinya kerana tidak menetap bersama mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...