klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

5 Tanda Ketagihan Seks

10:48 PM
Melakukan hubungan seks sememangnya keinginan dan keperluan batin setiap manusia.Seks yang mengasyikkan bagaikan ubat dalam kehidupan kita,melegakan tekanan,menenangkan kegalauan dan mengisi kekosongan.

Oleh sebab itu seks menjadi agenda penting yang selalu diperlukan setiap pasangan terutamanya kepada yang telah berumahtangga.

Namun begitu,keinginan seks jika tidak dikawal bakal menjadi sesuatu yang membinasakan.Seperti satu kiasan kata berbahasa Inggeris,"No Other Drug More Powerful Than Sex" ,seks juga ibarat dadah berkuasa yang akan memberikan ketagihan yang sukar dikikis.
Dan sememangnya memang tidak dinafikan tidak kurang mereka yang mengalami ketagihan seks samada lelaki mahu pun wanita.

Berikut ini ada 5 tanda seseorang itu mengalami gejala ketagihan seks.

Tidak pernah merasa puas

Bila seseorang itu timbul perasaan tidak puas dengan kehidupan seksual yang dijalaninya maka bolehlah dipastikan dia berkemungkinan besar mengalami ketagihan seks.
Apalagi sekiranya dia seseorang yang sudah memiliki kehidupan berumahtangga yang baik dan pasangan yang selalu menyokong, tapi tetap mencari orang lain untuk memuaskan keinginan batinnya.

Kerap Beronani

Onani yang dilakukan sekali atau dua kali dalam sebulan untuk mendapatkan kepuasan seksual memang tidak dinafikan baik untuk kesihatan jiwa dan perasaan.
Namun,jika sudah berlebihan dan dilakukan dalam keadaan ataupun situasi yang tidak bersesuaian,malah destruktif, tentu saja itu bukan sekadar melepaskan keinginan tetapi adalah ketagihan seks.

Ketagihan menonton filem lucah

Ketagihan menonton filem lucah juga merupakan salah satu tanda kehidupan seksual yang terganggu.
Ini kerana,kebiasaannya mereka yang ketagih seks menggunakannya sebagai alasan ataupun medium untuk memenuhi dorongan seksual yang dirasakan.

Hubungan tak pernah kekal

Mereka yang ketagihan seks biasanya tidak percaya dengan ikatan emosional. Kerana itu, hubungan yang dijalaninya pun pada umumnya cenderung singkat dan tidak pernah kekal lama.
Sebabnya, mereka pada hakikatnya hanya menginginkan seseorang yang mampu memenuhi keinginan seksualnya.

Tidak peduli dengan konsekuensi

Seseorang yang ketagihan seks biasanya tidak peduli dengan konsekuensi atau akibat buruk yang mungkin menimpa.
Malahan, mereka juga tak kisah untuk membahayakan diri sendiri ataupun pasangannya.Contohnya melakukan posisi seks yang berbahaya demi kepuasaan seks dirinya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...