Salam semua maaf dah lama tak menulis dan update blog sbb sibuk sikit akhir2 ni hehe. Oklah baru2 ni saya ada jumpa seorang ustaz dan bertanyakan soalan ni kat dia...
"Ustaz, boleh ke seorang gay berkahwin? apa hukumnya?"
Jawapan ustaz:
"Haram hukumnya sekiranya lelaki tu tidak punyai nafsu terhadap wanita sbb antara syarat kahwin ialah ada nafsu. Kahwin ni boleh jatuh hokum sunat, wajib, haram,makruh dan harus"
"Ustaz boleh terangkan makna setiap hukum tersebut?"
"Ok kahwin ni hukumnya sebenar adalah harus iaitu nak buat pun boleh tak buat pun tak salah. Jatuh wajib kalau seseorang tu mampu kahwin dan dia sgt bernafsu maka utk elak dia buat dosa spt zina dia wajib berkahwin. Dlm masa yg sama dia juga ada kemampuan utk tanggung anak isteri. Jatuh sunat kalau dia mampu dari segi kewangan tapi dia belum bersedia utk jadi suami dan dia masih mampu nak lawan nafsu. Disunatkan kahwin sbb itu lagi baik utknya. Jatuh makruh kalau kahwin hanya kerana nak selamatkan nafsu tapi kemampuan kewangan tiada, nanti jadi masalah pada keluarganya. Tapi taklah sampai haram sbb dia masih boleh beri nafkah batin kpd isteri, tentang makan minum itu masih boleh diusahakan. Tapi bagi golongan gay yg langsung tiada nafsu kpd wanita haram hukumnya sekalipun dia mampu di sudut kewangan"
"oooo habistu ustaz camne lak kalau dia bisex?"
"Bisexual ni dia ada dua keinginan jadi dia boleh kahwin bahkan kdg2 jatuh wajib demi nak hindarkan dia buat maksiat sesame jenis"
"Jadi camne caranya seorang gay pure 100% nak lepaskan keinginan nafsunya kalau tak boleh kahwin?"
"Dia kena tahan diri dan bersabar insya Allah dia dpt pahala dan ganjaran yg besar di sisi Allah"
Begitulah perbualan yg sempat saya rakam bersama ustaz tu, mmg susahkan klu camtu. Nak kahwin haram,klu kahwin pun dia tak boleh nak main bahkan tambah dosa lak klu dia dah kahwin pastu main lak dgn laki lain adoi2...kesian kaum gay tapi tak per ada berita gembira utk kalian iaitu akan dpt kahwin nanti di syurga hehehe boleh pilih2 mana2 jejaka tampan kat sana...syaratnya sabarla dulu yer kat dunia...jgn main lagi nanti tak leh main kat syurga, main kat neraka lak adoi panasnya....
0 comments:
Post a Comment