klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

Gagal Mengawal Nafsu Songsang : Penyelesaian

5:33 PM

Ini kisah saya....

Kisah bermula sewaktu saya darjah 6 lagi. Waktu itu saya memang tidak tahu apa-apa pasal ni (hubungan songsang). Saya hanya mengikut kawan saya bermain di belakang garaj stor, saya dan kawan saya hanya mengikut saja arahan dari kawan saya yang seorang lagi tu, mungkin dia lebih expert dalam bab-bab ni. Dia menyuruh saya dan kawan saya buka pakaian masing-masing dan mengarahkan kami agar berpelukan, kemudian dia pun turut sama menyertainya. Kami sering lakukan begini bila masa terluang di tempat yang sama, tetapi tidaklah sampai berlaku pekara yang lebih serius tu.

Semakin hari semakin seronok kami melakukannya, sampai lah wujud perasaan saya terhadap lelaki (macam ada perasaan suka pada lelaki). Tetapi tak lama saya tinggal di situ kemudian keluarga saya berpindah ke tempat lain. Agak lama juga saya tidak melakukan perkara sedemikian sebab ditempat baru saya tidak mengenali sesiapa. 

Kenalan lelaki india muslim

Kemudian apabila saya sudah menjejaki tingkatan 3 baru lah saya kenal rakan-rakan baru. Tetapi dalam banyak rakan-rakan saya lebih rapat dengan seorang rakan (india muslim). Saya selalu pergi rumah dia dan dia juga sering bertandang kerumah saya. Kami sering melihat filem-filem lucah baik di rumah saya atau di rumah dia bila ada kelapangan. Sehinggalah pada suatu hari dia mengajak saya beronani bersama dengan dia. Setiap kali lepas kami menonton filem lucah pasti kami akan beronani bersama. Semakin lama kami semakin seronok sehingga la kami melakukan lebih dari itu. Perasaan ketagih untuk melakukan perkara tersebut sering datang dan apabila rasa nak buat saya akan menelefon kawan saya itu untuk melakukannya. Rakan saya itu seorang flexi dan saya juga tetapi saya lebih kepada bottom.

Tidak lama selepas itu rakan saya itu pun berkahwin dan kini dia sudah mempunyai 3 orang anak, tetapi kami masih melakukannya cuma tidak sekerap seperti mana sebelum dia berkahwin. 

Tetapi naluri saya untuk berkahwin memang ada sebab saya telah berjanji pada diri saya sendiri sebelum usia saya menjejaki 30 tahun saya akan berkahwin tetapi dalam masa yang sama saya risau dan ragu apabila fikirkan bolehkah saya memberi nafkah batin untuk isteri saya nanti,sebab perasaan saya terhadap perempuan tidak berapa ada.

Saya berkahwin

Alhamdulillah tidak lama selepas itu Allah makbulkan permintaan saya itu. Saya akhirnya berkahwin, berkahwin bukan dengan gadis yang saya kenal tetapi saya menyuruh agar kawan saya mencari untuk saya. Dalam masa yang sama saya dan rakan saya (mamak) masih juga melakukannya pekara itu tetapi agak terbatas sebab kesukaran waktu dan tempat. Lagi pun saya tidak mahu kegiatan saya ini diketahui oleh isteri saya. 

Namun dalam masa yang sama, semakin lama kawan saya itu semakin sukar untuk diajak bersama lagi, alasannya dia terlalu sibuk. Jadi keinginan saya melakukan aktiviti songsang semakin menjadi-jadi selepas tidak lagi bersamanya. Saya semakin bosan dengan sikap kawan saya itu, membuatkan saya tidak lagi mahu menghubunginya. Selepas itu saya juga tidak melakukan pekara itu dalam jangka masa yang lama juga, saya berasa benci dan bosan dengan sikap kawan saya itu.

Ketagihan untuk melakukan aktiviti songsang telah membuatkan saya mencari alternatif lain seperti melayari laman-laman gay, skype, facebook dan sebagainya. Malah saya menjadi semakin berani dengan mencari lelaki di luar tetapi bukan orang tempatan, (bukan semua saya lelaki saya terima bergantung kepada taste saya) Lelaki-lelaki ini ada yang setuju dan ada yang tidak. 

Saya juga pernah berkenalan dengan pemuda melayu ditempat saya bekerja(sebenarnya saya tak berapa minat dengan pemuda melayu) tetapi dia selalu macam nak rapat dengan saya, jadi akhirnya saya terjebak dengan dia. Tetapi dia berkawan dengan saya sebenarnya ada maksud lain, rupa-rupanya dia hanya nak kan duit saya sahaja. 

Kenalan pemuda melayu

Selepas itu pemuda melayu itu pun berkahwin dengan pilihan hatinya, saya rasa macam saya sengaja dipermainkan sebab saya sudah tolongnya banyak kali disebabkan duit (kira beribu juga la dia berhutang dengan saya). Selepas itu dia terus menghilangkan diri dan dia beritahu agar saya tidak lagi menganggu hidupnya. Sekiranya saya masih melakukannya dia akan bocorkan rahsia saya pada isteri saya.

Kisah diantara saya dan dia akhirnya dapat juga dihidu oleh isteri saya sebab isteri saya menyesaki akan perubahan sikap saya yang sering berSMS di waktu malam. Dan secara tiba-tiba suatu hari dia memeriksa handphone saya dan terlihat gambar "anu" si pemuda tersebut. Tetapi isteri saya menyangka yang itu adalah saya yang punya, maka berlakulah pertelingkahan diantara kami.

Tetapi saya bersyukur sebab isteri saya seorang yang sabar dan memahami, kami bergaduh tidak lama dan akhirnya berbaik semula. Saya masih lagi mencari teman-teman top di facebook, kegiatan itu saya lakukan apabila saya bekerja di sebelah petang. Selalunya teman top yang saya kenali itu harus lah mempunyai "port" kerana saya tidak akan menyediakan tempat kecuali jika teman top itu menarik perhatian saya. 

Teman top yang saya dapat semuanya lebih muda dari saya. Untuk pengetahuan abang Najmi, usia saya sekarang sudah memcecahi 40an tetapi penampilan saya seakan usia 20an. 

Kenalan pemuda Serani

Baru-baru ni saya ada mengenali seorang pemuda serani melalui facebook, kami pernah berjumpa dan melakukanya tetapi hanya sekali. Dia lebih muda dari saya dalam 20an. Lepas saya berjumpa dengannya ingatan saya terhadapnya menjadi tidak keruan. Saya sering SMS atau berchat dalam facebook dengan dia. Kadang-kadang dia ada membalasnya dan kadang tidak. Saya pun tidak tau perasaan saya terhadap dia sama ada saya cinta, suka atau lebih kearah sex? Permulaan dia memang melayan SMS saya dengan perkataan seperti orang bercinta, tapi lama-kelamaan dia semakin kurang membalas SMS yang saya hantar. 

Pernah suatu hari dia datang ke sini membawa teman wanitanya dan saya ajak untuk berjumpa walau seketika tetapi dia menolak permintaan saya itu kerana hendak menjaga hati teman wanitanya itu. Dan saya kerap menghantar SMS kepadanya sampai dia memberitahu agar saya jangan menghantar SMS lagi kepadanya sebab teman wanitanya berada bersamanya. Saya pun rasa benci dan marah sebab dia telah mempermainkan perasaan saya sampaikan kehidupan saya bersama isteri saya menjadi dingin, nafkah batin pun saya jarang tunaikan kepada isteri saya semenjak saya berkenalan dengan dia.

Semenjak dari itu saya tekad untuk tidak menghantar SMS atau berchat dengannya. Dua bulan kemudian dia datang semula kesini tetapi bersama kawannya pula. Saya mengetahuinya setelah dia menghantar message ke dalam facebook saya yang dia sudah kembali dan ingin bertemu dengan saya. Entah kenapa tiba-tiba hati saya seolah-olah macam lupa apa yang dia telah lakukan pada saya sebelum ni.

Tetapi kami tidak berjumpa sebab dia marah dekat saya sebab saya terlalu ego katanya, dia hanya perlukan teman untuk keseronokan bukan untuk jiwang-jiwang macam ni. Tetapi demi dia saya buang ego saya, saya masih mengharapkan agar dia boleh berjumpa dengan saya. Saya pernah menyuarakan kepadanya untuk berjumpa hanya untuk seketika walau hanya 5 minit sahaja tetapi dia tidak mengendahkannya. Saya tahu saya memang sudah gila, kalau orang lain memang tidak akan buat macam saya. Kadang-kadang saya rasa macam saya yang duk terhegeh-hegeh sedangkan dia tak ada apa-apa pun. Saya benci dengan perasaan ini. Sekarang dia sudah tiada disini sebab dia sudah pergi ke KL, entah bila dia akan balik kesini saya sendiri tak tahu.

Kenapa saya sering tertewas?

Saya sayangkan perkahwinan saya. Tetapi kalau tidak disebabkan oleh anak sudah tentu saya dah bercerai dengan isteri saya. Untuk pengetahuan abang Najmi saya sudah mempunyai 3 orang anak dan yang ke 4 sedang menyusul tidak lama lagi. Apabila mengenangkan anak-anak saya batalkan niat saya, saya tidak mahu anak-anak saya dibesarkan tanpa bapa disisi. Tetapi sampai bila saya harus begini.

Saya akui, yang saya tidak kuat, saya seringkali saya berazam hendak berubah, tapi sering kali juga saya tewas. Bagaimana untuk saya menjalani kehidupan normal seperti orang lain? Kalau boleh saya nak buang tabiat saya ini tetapi amat sukar kerana pengaruh dan keadaan sekeliling. Isteri saya memang mengesaki akan tabiat saya ini dan seringkali dia terjumpa bukti-bukti di dalam handphone saya, tetapi saya pandai membohonginya.

Dan saya pun tidak tahu sampai bila isteri saya mampu bertahan dengan saya, mungkin disebabkan anak-anak yang menyebabkan kami berdua sentiasa beralah. Entah kenapa sekarang saya seolah-olah tidak ada rasa nafsu kepada isteri saya lagi. Dulu tidak macam ini, adakah disebabkan faktor umur atau perasaan saya itu. Saya memang dalam dilema sekarang ini...tolong lah saya abang Najmi.

Diharap kisah saya ini dijadikan tauladan mahu pun panduan buat anak-anak muda di luar sana, mahupun ibu bapa agar memantau kegiatan anak-anak sedari kecil lagi supaya tidak terjebak seperti saya. Sekian!


~MOHD SABRAN~




Salam Mohd Sabran,

Pertama sekali terima kasih kerana Sabran sudi berterus terang bercerita mengenai kehidupan Sabran dari dulu hingga ke hari ini. Persoalanya kenapa sukarnya Sabran untuk berubah dan mengawal diri dari berterusan melakukan aktiviti songsang lagi? Itulah yang dikatakan, jika benar-benar kita hendak berubah dari sesuatu yang buruk kepada baik kena ada kekuatan iman dan takwa dalam diri kita. Bagaimana nak dapatkan iman dan takwa? Kita perlu ada kesungguhan serta berusaha mencari dan mempelajari.

Alhamdulillah usia Sabran kini sudah 40 tahun. Setahu abang umur seorang lelaki bawah 40 tahun tu dikira masih muda dan usia lebih 40 tahun baru dikatakan sudah dewasa. Pada usia 40 tahun, ketika inilah seorang lelaki itu dikatakan telah mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang segala kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.

Percaya tak? abang telah dikuit oleh Allah dengan dugaan dijangkiti HIV menjelang usia abang mencecah usia 40 tahun. Abang bersyukur sebab lepas tu abang dengar kalau umur dah lebih 40 tahun, contohnya dah masuk 50 tahun jika kita masih terus bergelumang melakukan kemaksiatan kemudaratan dan sebagainya bermakna masa tu memang susah dah nak kita berubah. (wallhualam). Hendakkah kita mati dalam kemaksiatan dikala usia telah lanjut kelak?

So apabila sudah masuk usia 40 tahun tu Sabran kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal diri dari tidak terus melakukan aktiviti songsang tu lagi, jika ada kesungguhan insyaallah Sabran mampu berubah. Kita semakin tua bukan semakin muda, tubuh kita semakin lemah bukan semakin kuat.

Renung kembali wajah isteri, isteri tu lah yang meminjamkan perutnya untuk melahirkan anak, anak-anak itu pulak berbin dan berbintikan dengan nama Sabran. Tanpa isteri siapalah Sabran hari ini. Kesian isteri tu kerana masih tetap kekal bersama dengan Sabran walaupun dia tahu tentang kegiatan songsang Sabran selama ini.

Tidak takutkah Sabran sekiranya Allah berikan HIV kepada Sabran satu hari kelak? Tidak bimbangkah Sabran kalau menyebarkan kuman penyakit kelamin kepada isteri nanti? Tidak takutkah Sabran jika Allah turunkan bala keatas diri Sabran? Tidak mustahil boleh berlaku kerana Allah itu maha mengetahui, maha berkuasa. Kita kenalah ada rasa takut kepada balasan dari Allah baru kita boleh berubah.
 
Sabran kata hari ini nafsu Sabran terhadap isteri semakin hilang, itu berlaku kerana Sabran masih duk layan hawa nafsu songsang, jangan layan facebook yang ada kaitan dengan gay, jangan berchatting lagi, jangan cari kenalan lagi, jangan tengok photo lelaki bogel atau menonton gay porn dan kena berusaha elakkan dari mendekatkan diri kita dengan pekara-pekara berkaitan songsang lagi. Jika semua itu dah ditinggalkan abang yakin Sabran boleh berubah dan boleh kawal diri, malah nafsu seksual kepada isteri tetap ada seperti dulu.

Senang kata, Sabran kena berusaha kembali  kejalan Allah...adoiii berjam-jam abang duk depan lap top ni cari idea macam mana lah nak beri pandangan. Oleh kerana abang ni bukan "pakar" hanya itu aje yang abang mampu katakan, selebihnya bergantung kepada diri Sabran sendiri dan kesungguhan Sabran untuk mengubah jalan hidup itu - Naj Mi...:)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...