klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

Gay Cacat Nafsu

12:01 AM


Yg aku maksudkan ni hanya pure gay iaitu 100% gay bukan yg bisexual. Sbb bisexual tu masih ada nafsu kat wanita so depa boleh lagi nak kahwin dan ada lagi saluran utk melempiaskan nafsu. Gay sebenarnya adalah golongan cacat tapi org ramai tak kan anggap begitu sbb mereka tak faham. Bila tak faham maka org tak akan simpati sdgkan golongan cacat ni org mmg simpati spt org buta, pekak,bisu,tak boleh berjalan semua tu dimasukkan kategori OKU dan boleh dpt mcm2 keistimewaan,tambang murah,dpt diskaun itu ini, dpt tempat parking khas. Sbb apa aku kata gay juga cacat?
Sbbnya ialah nafsunya yg cacat. Cuma cacatnya tidak dpt difahami oleh org lain melainkan empunya diri sendiri. Nafsu yg normal bagi lelaki adalah menyukai wanita, tapi bila menyukai sesama jenis itu dinamakan tak normal atau cacat. Contohnya mata dijadikan Tuhan boleh melihat tapi ada mata yg cacat so tak boleh melihat. Ada telinga yg pekak,ada mulut yg bisu. Ada kaki tak boleh berjalan. Jadi di sini kita boleh faham gay juga cacat tapi cacat nafsunya.
So ada org akan kata kalau gitu tak ada apa sgtlah....
Camne boleh kata tak ada apa sgt,bagi aku sgt derita tu...nak kawal nafsu bukan senang bro. Kalau langsung tader nafsu tu lain cerita....ni nafsu ada tapi tak boleh/haram dilepaskan. Nak tahan pun sakit jadinya,nak lepaskan satu kesalahan pula. Serba salah jadinya. Ditelan mati mak,diluah mati bapak...
Maka bagi yg tak mampu menahannya dia akan lepaskan lah ikut suka sbb dia kata dah Tuhan jadikan aku camni nak buat camne kan....
Sbb tu kalau masyarakat boleh faham mrk akan simpati pada golongan ini sbb ujian dan dugaan yg golongan ini terima bukan kecil. Tak boleh melihat bukan berdosa bahkan dpt pahala kalau sabar, tapi tak boleh lawan nafsu gay hingga terjadi maksiat akan menjadikan dia terhina di dunia dan Akhirat. Sekianlah sahaja yg ingin aku kongsikan. Sepatutnya para ulama lagi faham bab ini sbb Islam adalah syumul so dia ada jalan utk selesaikan semua masalah.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...