klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

Pelajar tingkatan Tiga Diliwat Cikgu

7:55 PM

Ohh tidak, bila terbaca berita tentang pelajar tingkatan 3 yang diliwat oleh guru bujang tersebut, terus hati ini terasa jijik. Mengapa seorang guru boleh jadi sedemikian rupa? Manakah moral dan akhlak yang telah beliau campakkan?
Saya pasti guru itu akan dikenakan tindakan yang serius. Paling teruk, dilucutkan jawatan dan jika tidak, beliau akan dihantar ke sekolah lain. Pastinya begitu sebab selalunya memang begitulah tindakannya. Baca berita dibawah untuk tahu lebih jelas.
MIRI – Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu.
Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini.
Difahamkan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu sering menghabiskan masa bersama guru berkenaan di rumahnya selepas berkenalan melalui Facebook sehingga wujud hubungan rapat antara mereka.
Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit mengesyaki sesuatu apabila mendapati anaknya amat mesra dengan guru lelaki itu.
“Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.
“Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa beberapa kali diliwat suspek di rumahnya.
“Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya. – Berita Harian Online
Ohcikgu:
1. Apa nak jadi pelajar dan guru zaman sekarang. Kes liwat dan rogol ni dah jadi macam biasa. Seram sejuk dibuatnya. Penat dan jenuh nasihat pelajar agar jangan buat masalah. Kini, dengan cikgu-cikgu sekali buat masalah.
2. Dunia hari ini mudah. Sebab itu banyak perkara sudah dimudahkan. Saya cukup tak suka dengan perkembangan atau fesyen yang disukai oleh para remaja dan pelajar sekarang. Kadang-kadang, sakit hati dibuatnya.
Ps: Risau. Dengan keadaan pelajar-pelajar kita hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...