klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

Mat Salleh Hafal Dan Nyanyi Lagu Rock Kapak AXL Di Bukit Bintang

8:09 PM
(Video) Bila Mat Salleh Hafal Lagu AXL - Akulah Kekasihmu

Tengah melayan Youtube tadi, Khai terjumpa video yang agak menarik untuk dikongsikan kepada korang. Video "Mat Salleh Hafal Lagu Rock Kapak "AXL - Akulah Kekasihmu" Di Bukit Bintang" di muat-naik pada 5 Disember lalu sudah di tonton sebanyak 118,741 kali dan mendapat 1964 'like'.

Menurut tuan punya video,

Baru-baru ini sekumpulan pemuzik jalanan atau 'buskers' telah menyanyikan semula lagu yang pernah dipopularkan band Axkl's itu di kawasan tumpuan pelancong di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kemudian ada dua pasangan 'Mat Salleh' dilihat teruja melihat persembahan berkenaan.

Tiba-tiba mulut salah seorang pelancong tersebut terkumat-kamit menyanyikan bait-bait lagu itu.

DIA HAFAL RUPANYA!

Patutlah dia teruja semacam je...dia siap bangun dan menyanyi sekali OK.

Selain itu, banyak juga komen yang diterima yang menyatakan "ketidaksangkaan" (perghh ayat!) mereka mengenai bagaimana mat salleh itu boleh menghafal lagu rock kapak ini. Pasti pelbagai andaian akan ada. Namun bagi Khai, lagu tempatan sememangnya bermutu dan tak hairanlah jika orang luar pun meminati lagu-lagu tempatan. #Proud2BMalaysian

Apa pun jom tonton video dibawah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...