klik bawah utk senarai blog gay melayu

Searching...

Dilema Seorg Gay

7:46 AM

dilema seorang gay.....
Bukan main lagi tajuk entri kali ni kan...aku sendiri tak tau macam mana boleh terlintas dalam kepala otak untuk kupas topik ni. Mungkin ramai yang dah biasa baca artikel seumpama ini sama ada kat majalah ataupun internet. Tapi entri ini lebih menjurus ke arah kehidupan peribadi aku sendiri. So, sapa-sapa yang berminat boleh baca. Kalau tak nak, terserah anda...




Aku sendiri tak ingat dan tak tahu macam mana aku boleh terjebak dalam dunia gay ni. Yang aku tahu, memang sejak dari sekolah rendah lagi aku lebih tertarik memandang lelaki-lelaki tampan. Sampaikan abang sendiri pun aku boleh admire...hahahaha....(untong la ada abang yang kacak).

Tapi alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi tak pernah melakukan seks dengan mana-mana lelaki...(suci katanya). Lagipun aku nih biasa-biasa ajer orangnya. Mana mungkin ada yang tertarik...

Ok berbalik kepada topik utama. Memilih untuk menjalani kehidupan sebagai lelaki songsang ini bukannya mudah. Terutamanya bagi lelaki yang masih lagi keliru dengan seksualiti mereka. Macam aku, kadang-kadang aku terpikir betul ke ini jalan hidup yang aku inginkan sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila memikirkan ajaran Islam sememangnya menentang keras perkara ini. 

Aku yakin ramai gay-gay di luar sana paling risau sekiranya famili mereka dapat tahu rahsia kehidupan gay mereka. Aku sendiri macam tu juga. Abah dan mak tentunya insan-insan yang akan kecewa bila dapat tahu anak lelaki mereka yang sorang ni boleh terjerumus dalam hubungan songsang ni. Bila pandang aje wajah kedua-dua insan yang paling aku sayang ni, rasa bersalah sangat-sangat. Aku tak pernah salahkan mereka dalam hal ni. Kehidupan ini aku sendiri yang pilih.



Itu belum lagi kena berahsia dengan teman sekeliling. Ramai jugak yang asyik tanya ....bila aku nak ada girlfriend..tak teringin ke nak ada mak we...selalunya bila soalan cepumas ini diutarakan kat aku, jawapan standard yang aku bagi adalah...nak fokus kat career dulu, kumpul duit banyak-banyak baru boleh cari awek...Time belajar dulu tak selalu sangat disoal..Tapi bila dah start kerja ni, frekuensi pertanyaan tu dah berlipat kali ganda. Yang selalu sibuk dok tanya tu sedara la. Yang jenis suka jaga tepi kain orang...nyampah giler aku...

Ramai juga yang sudah berkahwin tapi masih lagi main dengan jantan lain. Bayangkan berapa ramai insan yang dah mereka hancurkan. Pernah juga perkara terlintas di fikiran aku, adakah aku juga macam ni kelak bila dah berkahwin...(itupun kalau dapat kawin)


Aku pernah berniat untuk berubah. Tapi apakan daya, iman aku tak cukup kuat untuk melawan nafsu. Tangan ni sentiasa gatal aje nak buka blog-blog gay dan laman web gay. Banyak sangat godaan sampai niat nak berubah terkubur macam tu sahaja. 

Beberapa tahun yang lepas (tak ingat bila), masa chatting dengan salah seorang member kamceng (gay jugak)...dia kata kenapa perlu nak tipu diri sendiri kalau dah itu diri kita yang sebenar. If that is the only way for us to be happy, then just go with the flow. Kita juga berhak untuk merasai kebahagiaan seperti orang lain...Dan kawan aku ni sekarang hidup happy dengan boyfren mat salleh...

Hmmm...sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsi. Tapi mata nak makin berat. Esok ada aktiviti riadah yang aku kena join....malas betul nak bangun awal time cuti ni. Wokey aku rasa cukup lah untuk kali ni. Salam satu Malaysia...peace no war....

2 comments:

  1. same story macam aq... tapi aq tetap x mau trima ini sbgai cara hidup aq.. walaupon aq slalu gak maen (oral je), aq masih virgin.. tapi aq nk anak, aq x mau pengakhiran hidup aq sbgai gay, walaupon aq tau hidup aq akn trseksa, mnipu diri sndiri... tapi lndasan agama tetap kne ikot... doakan aq brubah. nk kate salah prskitaran @ didikan x, sbb aq memng dri kcik, mase tadika lagi da minat nengok laki... so... smoga kite semua ley brubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilek bro....ko mesty boleh brubah...aq tau yg pompuan skang nie mmang suke kaki belit blakang kita...tp x semestinya nk jd gay.mesti 1 hari nanti ad pompuan yg setia kat kita...pompuan adalah slah 1 punca lelaki jd gay sbb dah start benci tngok pompuan yg slalu curang...ssah nk carik pompuan yg stia skang nie...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...